1. BOLEH DILAKUKAN DARI RUMAH

Anda tidak perlu melakukan perjalanan jauh ke pusat rawatan.

Anda hanya memerlukan ruang yang sesuai, sambungan internet dan peranti seperti telefon, tablet atau laptop.

2. TERSEDIA DI SELURUH MALAYSIA

Perkhidmatan Ruqyah Online boleh diakses dari pelbagai lokasi di Malaysia termasuk:-

Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Tidak kira anda berada di bandar atau kawasan luar bandar, selagi mempunyai capaian internet yang sesuai, sesi online boleh dijalankan.

3. LEBIH SELESA DAN PRIVASI

Sesetengah individu mungkin lebih selesa mendapatkan sesi rawatan dari rumah sendiri.

Rawatan secara online memberikan anda ruang yang lebih peribadi dan selesa tanpa perlu berada di pusat rawatan secara fizikal.

4. MENJIMATKAN MASA DAN PERJALANAN

Tidak perlu memandu jauh, mencari parking atau mengambil masa yang panjang untuk perjalanan pergi dan balik.

Masa anda boleh digunakan untuk berehat, membuat persediaan atau mengikuti sesi secara lebih tenang.

5. SESI SECARA LANGSUNG

Ruqyah Online bukan sekadar menghantar audio atau video untuk anda dengarkan sendiri.

Sesi dilakukan secara live/real-time, membolehkan perawat berinteraksi dengan anda sepanjang sesi.

6. PENDEKATAN HOLISTIK

Setiap individu mempunyai latar belakang dan keadaan yang berbeza.

Oleh itu, kita tidak seharusnya membuat kesimpulan bahawa setiap masalah berpunca daripada perkara yang sama.

Pendekatan yang lebih berhati-hati dengan melihat aspek:-

Fizikal + Emosi + Mental + Spiritual + Biologi + Psikologi + Sosiologi + Persekitaran

secara menyeluruh.